Yamaha FZ 150i baharu, penampilan lebih sporty dan bergaya

Yamaha FZ 150i 2012 1 Yamaha FZ 150i baharu, penampilan lebih sporty dan bergaya

Bagi peminat-peminat motosikal Yamaha, ini ada satu berita baik. Hong Leong Yamaha baru saja memperkenalkan motosikal Yamaha FZ 150i yang dinaik taraf dengan penambahan beberapa item bagi menjadikan penampilannya lebih menarik dan sporty.

Harga yang ditawarkan sekitar RM8,150.00++, bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh pekedai. Lihat gambar yang dipaparkan di sini untuk melihat ciri-ciri naik taraf pada model baharu Yamaha FZ 150i ini, kredit kepada Mudah.my. Continue reading

Posted in Yamaha | Tagged , , , , | Leave a comment

Video kemalangan tragik Ferrari 599 GTO melanggar teksi di Singapura

Inilah padahnya apabila pemandu kereta Ferrari 599 GTO tidak menghormati undang-undang jalan raya dan memandu laju di kawasan yang tidak sepatutnya. Ferrari 599 GTO itu yang tidak berhenti apabila lampu merah menyala telah melanggar sebuah teksi dan mengakibatkan pemandu kedua-dua kenderaan meninggal dunia. Kejadian berlaku di Singapura beberapa hari yang lepas dan video kejadian tersebut kebetulan sempat dirakamkan oleh pemandu kereta yang lain.

Posted in Ferrari, Video | Tagged , , , , | Leave a comment

Ferrari 458 Spider kini di Malaysia – RM1.9 juta aje!!!

Ferrari 458 Spider 1 Ferrari 458 Spider kini di Malaysia   RM1.9 juta aje!!!

Ferrari 458 Spider 2 Ferrari 458 Spider kini di Malaysia   RM1.9 juta aje!!!

Memang bertuah menjadi seorang jutawan, senang-senang saja boleh memandu sebuah kereta idaman berharga jutaan ringgit. Bagi yang masih mencari-cari sebuah model kereta Ferrari terbaru, Naza Italia Sdn. Bhd. baru saja melancarkan Ferrari 458 Spider dengan harga permulaan RM1.9 juta. Aku hanya mampu berangan-angan, tetapi orang kata tuah manusia kadang-kadang tak boleh diramalkan, mana tahu suatu hari nanti dapat rezeki terpijak, bolehlah merasa memandu Ferrari.

Posted in Ferrari | Tagged , , , | Leave a comment

Senaman punggung bakal menjadi trend di Malaysia?

Memang pelik dan aneh dunia politik di Malaysia sekarang ni. Terbaru yang membuatkan aku paling tak tahan dan rasa gelihati sangat-sangat ialah apabila ada segelintir pihak yang melakukan senaman punggung di hadapan rumah individu yang mereka tidak sukai. Apa motifnya golongan tersebut melakukan senaman punggung? Dah tak ada cara lain ke yang lebih bersopan-santun untuk dibuat? Tak malu ke bila dah pencen macam tu masih lagi berkelakuan secara tidak matang?

Kalau nak berpolitik sekali pun, janganlah terlalu mengikut perasaan. Senaman punggung itu tidak akan mampu menarik sokongan orang lain terhadap kita, sebaliknya ramai yang hanya tersenyum mengejek. Aku bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi kan elok kalau kita semua berpolitik secara matang. Hari ini buat senaman punggung, esok nak buat senaman apa pulak? Jangan sampai masyarakat dunia ketawakan kita sudahlah. Senaman punggung? Rasanya dah boleh masuk Malaysia Book Of Record nih, first time pernah dibuat orang..hehe.

Posted in Isu Semasa | Tagged | Leave a comment

Tips menjadi blogger berjaya – bina blog dengan niche tersendiri

Tak susah sebenarnya untuk menjadi seseorang blogger yang berjaya, salah satu perkara utama yang perlu dilakukan ialah membina sebuah blog dengan niche yang unik dan tersendiri. Banyak niche tertentu yang kita boleh senaraikan, antaranya seperti berikut : Continue reading

Posted in Tips Blogging | Tagged , , | Leave a comment